Halaman

Sabtu, 8 November 2014

Boleh Ke Cemburu Terhadap Pasangan Sendiri?

Assalamualaikum cinta 
Dalam pencintaan ada suka dan duka yang kita lalui, yang orang lain tak tahu. Hanya kita dan dia sahaja yang tahu siapa kita yang sebenarnya dan siapa dia yang sebenarnya. Kekurangan dan kelebihan dia kita perlu terima seadanya walaupun susah untuk kita fahami. Dalam masa kita belajar untuk memahami dia, datang pula orang ketiga yang telah memanipulasi fikiran kita yang dia mempunyai teman wanita lain. Padahal mereka tidak lebih dari teman. Perempuan ini mudah sahaja berfikiran negatif kerana wanita hanya ada 1 akal dan 9 nafsu berbeza dengan lelaki yang ada 9 akal dan 1 nafsu. Perempuan tak suka pasangan dia rapat dengan perempuan lain selain dia. Kalau boleh dia tak nak langsung pasangan dia berkawan dengan perempuan. Itu lah perempuan. Hakikatnya semua itu bukan semudah abc untuk kita fahami. Ramai lelaki kat luar sana yang rimas dengan perempuan yang kuat cemburu tapi korang sendiri tak perasan sebenarnya kelakuan,kemesraan korang bila layan perempuan dah cukup buat dia cemburu. Perempuan tak akan buat something yang buat korang cemburu sebab dia nak jaga perasaan korang. Ini tak, korang sendiri pun buat something yang buat dia cemburu then bila dia tanye korang, senang je korang jawabkan "hanya kawan" korang sedar tak apa yang korang buat dah buat dia rase tak dihargai. Tapi perempuan pun tak boleh lah asyik nak salah sangka, sangsi, cemburu tak tentu pasal nanti pasangan korang pun akan fed up. So korang kene lah open minded sikit dah dia kata kawan tak kan korang nak halang dia berkawan dengan perempuan kot... Lagi satu lelaki kalau nak tunjuk kasih sayang dia dengan perbuatan dan perempuan pulak dengan perkatanan. Tapi sesetengah lelaki dia jenis yang matang dia tak tunjuk dia sayang korang kat perkataan sebab dia ego... Tapi pecaya lah dia still sayang korang walau mcm mane cara sekali pun dia tunjuk kan yang dia sayangkan korang. Perempuan kene faham lelaki ini egonya tinggi tapi sebagai lelaki turunkan lah ego korang tu sikit untuk orang yang korang sayang, tunjuk yang korang betol² sayang diorang. Jangan lah bagi dia rase yang kau tak sayang kat dia. Kadang² kalau kita berubah jadi lebih manja boleh buat dia bahagia tau.  Korang kate korang sayang dia so korang kenelah buat perempuan tu bahagia disamping korang. One more thing kalau korang bergaduh sekalipun please jangan sebut perkataan "kita putus" sebab time marah korang fikir tak waras then bile dah putus time tu lah baru nak sibuk mintak maaf lah nak get back lah. So kalau korang tengah marah baik lelaki ataupun perempuan tak payah contact lah nanti bende kecik boleh jadi besar then korang punye relay pun goyang. Saya akui saya mempunyai perasaan mudah cemburu dan kadang kala saya juga tewas dengan kata² saya sendiri kata. Saya tulis melalui pengalaman dan dari memerhatikan orang disekeliling saya. Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi kebaikan untuk anda semua.

Selamat memcube